The Station Operator

Mohd Zulfadzli Ridzuan, base station in Ipoh, Perak is an Amateur Radio Station Operator by the call sign 9W2FZR. After several years as SWL, the station officially started operating as a class B operator on 4th January 2008. Trasmitting between 144-148 Mhz, he currently equipped with Motorola MT777 transceiver, with Tx power 5 watt max.



Thursday, September 11, 2008

Hajar Aswad

Baitullah adalah tempat di mana umat-Nya akan di uji dan diperlihatkan tanda kebesaran Allah yang maha agung. Di sinilah umat Islam berpeluang mempelajari erti menjadi seorang mukmin yang sentiasa menurut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.Saya telah berpeluang untuk mengerjakan umrah pada bulan Oktober yang lepas. Banyak pengalaman yang manis untuk diceritakan. Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya mengucup Hajar Aswad buat pertama kali. Hajar Aswad atau dalam bahasa melayu nya "batu hitam" adalah merupakan batu yang datang dari syurga, dari zaman Nabi Adam lagi batu itu sudah berada di atas muka bumi ini. Ia nya terletak di penjuru Kaabah menghadap ke Timur. Mencium batu tersebut merupakan perkara sunat sebelum memulakan tawaf. Hajar aswad pada asalnya berwarna putih bercahaya dan dikatakan oleh kerana dosa manusia yang mengucupnya, ianya menjadi hitam seperti sekarang ini. Mungkin ini adalah antara sebab mengapa Hajar Aswad menjadi rebutan kebanyakan jemaah yang datang ke tanah suci Mekah. Pertama kali melihat Kaabah, saya berasa kagum. Selama ini saya hanya berpeluang melihat Kaabah di kaca television, gambar poster, sajadah, tetapi kali ini saya dapat melihat keagungan tuhan ini dengan mata kasar, sebuah binaan yang mula terbinanya dari zaman Nabi Adam, yang menyimpan seribu satu sejarah hingga ke hari ini. Dalam keasyikan menghayati Kaabah, mata saya teralih ke arah satu penjuru Kaabah, penjuru di mana terkumpul nya ramai jemaah dan keadaan di situ teramatlah sesak. Di situ lah letak nya Hajar Aswad. Saya pun berjalan menuju ke situ dan tersangat lah terkejut melihat umat-umat Islam, tidak mengira bangsa, lelaki atau perempuan, berIhram atau tidak, sedang berusaha bertolak-tolak, bertumbuk-tumbuk, dan memaki hamun sesama sendiri, berebut untuk mencium Hajar Aswad. Saya lihat ada yang kepenatan, ada yang lunyai di tengah-tengah kesesakan tersebut, dan ada pula yang seronok sambil melompat-lompat gembira kerana dapat berebut. Masa itu presepsi saya telah sedikit berubah, tidak semua yang menunai kan ibadah di tanah suci Mekah merupakan orang yang baik-baik. Ada antara mereka sanggup menumbuk dan memaki saudara seIslam mereka semata-mata untuk memuaskan nafsu dan matlamat mereka walaupun mereka sedang berada betul-betul di hadapan Kaabah. Melihat kepada populariti Hajar Aswad, saya pun berazam, insyallah untuk mencium batu tersebut. Kesokan harinya, setelah selesai solat zuhur, saya bergerak menuju ke Hajar Aswad dengan doa supaya dipermudahkan pekerjaan tersebut. Ketika berada di dalam kesesakan tersebut, baru saya dapat merasa betapa peritnya kena himpit dengan pak arab dan mak arab. Dalam kesabaran untuk bergerak kehadapan, ada sahaja dugaan melanda. Kena maki dengan mak arab, terganggu fokus dengan remaja arab yang cun melecun berhimpit bersebelahan. Kalau dah masuk dalam kesesakan itu, sangat lah pasti wudhu kompem terbatal. Setelah setengah jam berada dalam kesesakan manusia itu, saya pun ambil keputusan untuk keluar. Mana tidaknya, seperti tiada kemajuan, sekejap tertolak kehadapan,sekejap tertolak kebelakang. apabila dah betul-betul di hadapan Hajar Aswad, ketika harapan dah mengunung, tak pasal-pasal kena tolak ke belakang semula. Hari ketiga di Mekah, cuba lagi sekali untuk mencium Hajar Aswad, masih lagi perkara yang sama berlaku. Susah rupanya hendak mencium Hajar Aswad. Malam tersebut, setelah Isyak, saya duduk bersembang dengan Pak Syed, salah seorang ahli rombongan saya. Dia kata dia dapat mencium Hajar Aswad. Saya tanya, macam mana dia boleh berjaya. Dia pun ceritakan bagaimana. Dia kata "berniat, berdoa banyak-banyak, tekad kan azam yang kuat, berusaha ke arah nya dan bertawakkal. Jangan give-up". Masih tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, saya pun bertanya kepada ayah saya bagaimana. Ayah saya menjawab " Berdoa, kukuhkan niat, kuatkan azam, dan bacalah ' Maliki Yawmid-Deen, Ihdinas-Siratal-Musta-qeem'. Itu adalah sebahagian daripada Surah Al-Fatihah, bermaksud, yang menguasai hari pembalasan, tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Setelah mendapat tips tersebut, saya berazam untuk memastikan esok saya dapat mencium Hajar Aswad. Hari keempat di Mekah, selepas zuhur, saya terus berjalan ke Hajar Aswad. Seperti sebelum ini, saya akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam kumpulan orang orangan tersebut. Dalam hati saya nekad untuk mencium Hajar Aswad, memberi sepenuh tumpuan ke arah matlamat tersebut, kesemua dugaan-dugaan perlu di tangkis. Dalam hati saya tanpa henti membaca ayat yang saya belajar dari ayah saya. Tetiba dari dalam kumpulan orang ramai tersebut keluar seorang pak cik, berpeluh-peluh, muka tersenyum lebar lalu memeluk saya dan mengucap syukur alhamdulillah, rupa-rupanya pak cik ni dapat mencium Hajar Aswad. Pak cik tu menyuruh saya masuk ke dalam kumpulan tu melalui multazam, kata nya lebih senang. Tak sempat saya mengucapkan terima kasih, pak cik tu dah hilang dari pandangan. Saya pun mengikut kata-kata nya, masuk menyusur melalui multazam, betul-betul di sebelah pak guard Hajar Aswad. Sedikit demi sedikit saya tertolak masuk menghampiri Hajar Aswad. Akhirnya, hampir 15 minit berjemur dalam himpunan orang di tengah matahari yang tegak di atas kepala, akhirnya saya dapat mengucup dan menghayati batu Hajar Aswad tersebut. Punya la bertolak-tolak orang di belakang saya, sampaikan saya nak tarik kepala saya keluar dari frame Hajar Aswad pun susah. Akhir nya dengan doa jugalah yang dapat mengeluarkan saya dari Hajar Aswad dan seterusnya daripada golongan orang ramai itu.